Isnin, 1 Oktober 2012

Salam........
Hampir setahun x tulis dalam blog ni. Tak de masa.....Syukur dengan nikmat yang Tuhan berikan. Sekarang ni aku dah x bertugas di Pej Tanah.....sekarang aku bertugas di sebuah sekolah di Gugusan Lok Heng. Walaupun jauh sikit dar rumah tapi aku rasa tenang. Kerja pon x begitu banyak. Yang penting aku belajar sesuatu yang lain iaitu kewangan sekolah. bermula 1 jun aku bertugas di sini....dh 3 bulan pon......
Semoga segalanya berubah dan menjadikan aku yang lebih baik......amin.....

Isnin, 7 Mac 2011

Opis HoLiDay

Salam untuk semua....
Hari nie aku menulis lagi......
Semalam baru je balik dari Melaka....Holiday bersama-sama keluarga Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang. Dah lama tak berjalan2 bersama. Last bulan ogos tahun lepas ke Cameron Higlands. Kali ni destinasi kite org tak jauh......ke Melaka Bandaraya Bersejara je. Tapi tak apa yang penting tujuan dan matlamat kami adalah satu iaitu mengeratkan lagi sillaturrahim antara kami semua. Thanks pd bos kami En Mohd Nazid Jasiman yang sudi memberi keizinan dan sama-sama turut serta.

5 Mac 2011 lebih kurang jam 8.00pg kami bertolak dari perkarangan pejabat dengan menaiki Bas Kolej Komuniti Bandar Penawar yang kami sewa. Kami tiba di Bandar melaka lebih kurang jam 1.00tgh. Kami terus ke Menara Taming Sari. Kami menaiki Menara Taming Sari setinggi 80 meter. Serun juga dibuatnya. Pemandangan Bandar Melaka dapat kami lihat keseluruhannya. Selepas semuanya menaiki menara Taming Sari kami berjalan2 di sekitar Bandar Hilir. Shopingggg time....Jangan lupa beli cencaluk dan gula melaka ye kawan2....hehehehehe. Setelah puas kami berkumpul untuk check in hotel. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang 15minit. Kami menginap di Hotel Abadi. Hotel Abadi baru saja di buka akhir Disember. Keadaan hotelnya memang bersih. Cuma dari segi penyelengaraan masih kurang sempurna. Elektrik sering balck out. Apa pun semoga pengurusan hotel abadi dapat memperbaiki setiap kekurangan. Layanan Staff Hotel Abadi cukup memuaskan.....Tahniah untuk anda semua especially Puan Raja Azira.

Malamnya kami adakan sedikit jamuan dan penyampaian cenderahati. n selepas itu kami sekali lagi keluar untuk ke Jonker Streets. Rupa-rupanya Jonker Street ni ramai peniaga cina. Tempat je memang sesak sehingga kami semua tak dapat memberi tumpuan untuk membeli barang. Malam tu juga kami dapat melihat beca2 yang berwarna warni....cukup indah dan menarik perhatian dengan lampu2 dan dendangan lagu dari radio.

6 Mac 2011 setelah bersarapan jam 9.30 kami check out hotel untuk ke Zoo Melaka. Setibanya di Zoo Melaka kami di kenakan bayaran sebanyak RM 5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak2 5 tahun ke atas.
Paling gembira di Zoo ni ialah kanak2. Merka dapat mengenali dan melihat hidupan yang ada tu tak pernah mereka lihat dengan mata sendiri. Pengalaman manis untuk mereka. Kami bertolak pulang ke Johor jam 2 petang dan selamat sampai di Bandar Penawar tepat jam 7.00 mlm.

Terima kasih kepada semua Staff Pejabat Tanah Daerah Pengerang, Hotel Abadi dan terutamanya abang2 driver yg sanggup melayan kerenah kami........

Khamis, 17 Februari 2011

aKu SaYaNg KaLiaN

Untuk sekian kalinya dapat ku mencoret di ruangan ini...
Entah mengapa pagi ini ingatan ku asyik tertumpu pada orang-orang tersayang. Suami tercinta, abah, emak dan anak-anak tersayang..... Tidak dapat ku ungkap dengan kata2 sayang dan cintanya aku pada mereka. Abah dan emak...terima kasih kerana membesar dan mendidikku tanpa jemu. Jasa mu akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Selagi aku masih terdaya akan ku balas jasa mu. Buat suami tercinta....cintaku hanya untukmu. Segala suka duka akan kita tempuhi bersama demi sebuah keluarga bahagia. Buat anak-anak tersayang abang, kakak dan adik.....ibu sayang kalian semua. Jangan nakal-nakal. Jadilah anak yang soleh dan solehah serta berguna untuk agama, bangsa dan negara.
 

Abah n Emak



My Hubby



Muhammad Hariz Iqbal ( abang )


Nur Dini Qaisara ( kakak )
 
Muhammad Haziq Iqram ( adik )


Selasa, 15 Februari 2011

Keluargaku......



Cukup sekadar mengenaliku dengan elinsham........
Aku dilahirkan di negeri Johor. Puteri ke 3 hasil perkongsian hidup Tn. Hj Shamsudin dan Pn. Hjh. Saniah. Kini aku telah menjadi suri kepada En.Md Zambrin dan telah pun memiliki 3 orang cahayamata selama 8 tahun usia perkahwinan kami. Putera Sulongku Muhammad Hariz Iqbal berusia 7 tahun. Puteriku Nur Dini Qaisara 4 tahun dan Puteraku yang ke 2 kini berusia 1 tahun 5 bulan. Aku bersyukur kerana kami sekeluarga bahagia....Mudah2an Tuhan menganugerahkan kebahagiaan ini untuk kami sekeluarga buat selama-lamanya.... Amin....