Isnin, 7 Mac 2011

Opis HoLiDay

Salam untuk semua....
Hari nie aku menulis lagi......
Semalam baru je balik dari Melaka....Holiday bersama-sama keluarga Pejabat Tanah Daerah Kecil Pengerang. Dah lama tak berjalan2 bersama. Last bulan ogos tahun lepas ke Cameron Higlands. Kali ni destinasi kite org tak jauh......ke Melaka Bandaraya Bersejara je. Tapi tak apa yang penting tujuan dan matlamat kami adalah satu iaitu mengeratkan lagi sillaturrahim antara kami semua. Thanks pd bos kami En Mohd Nazid Jasiman yang sudi memberi keizinan dan sama-sama turut serta.

5 Mac 2011 lebih kurang jam 8.00pg kami bertolak dari perkarangan pejabat dengan menaiki Bas Kolej Komuniti Bandar Penawar yang kami sewa. Kami tiba di Bandar melaka lebih kurang jam 1.00tgh. Kami terus ke Menara Taming Sari. Kami menaiki Menara Taming Sari setinggi 80 meter. Serun juga dibuatnya. Pemandangan Bandar Melaka dapat kami lihat keseluruhannya. Selepas semuanya menaiki menara Taming Sari kami berjalan2 di sekitar Bandar Hilir. Shopingggg time....Jangan lupa beli cencaluk dan gula melaka ye kawan2....hehehehehe. Setelah puas kami berkumpul untuk check in hotel. Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang 15minit. Kami menginap di Hotel Abadi. Hotel Abadi baru saja di buka akhir Disember. Keadaan hotelnya memang bersih. Cuma dari segi penyelengaraan masih kurang sempurna. Elektrik sering balck out. Apa pun semoga pengurusan hotel abadi dapat memperbaiki setiap kekurangan. Layanan Staff Hotel Abadi cukup memuaskan.....Tahniah untuk anda semua especially Puan Raja Azira.

Malamnya kami adakan sedikit jamuan dan penyampaian cenderahati. n selepas itu kami sekali lagi keluar untuk ke Jonker Streets. Rupa-rupanya Jonker Street ni ramai peniaga cina. Tempat je memang sesak sehingga kami semua tak dapat memberi tumpuan untuk membeli barang. Malam tu juga kami dapat melihat beca2 yang berwarna warni....cukup indah dan menarik perhatian dengan lampu2 dan dendangan lagu dari radio.

6 Mac 2011 setelah bersarapan jam 9.30 kami check out hotel untuk ke Zoo Melaka. Setibanya di Zoo Melaka kami di kenakan bayaran sebanyak RM 5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak2 5 tahun ke atas.
Paling gembira di Zoo ni ialah kanak2. Merka dapat mengenali dan melihat hidupan yang ada tu tak pernah mereka lihat dengan mata sendiri. Pengalaman manis untuk mereka. Kami bertolak pulang ke Johor jam 2 petang dan selamat sampai di Bandar Penawar tepat jam 7.00 mlm.

Terima kasih kepada semua Staff Pejabat Tanah Daerah Pengerang, Hotel Abadi dan terutamanya abang2 driver yg sanggup melayan kerenah kami........

1 ulasan:

  1. wah bestnye kak lin..ada ole2 tok kita x?sampai hati bejalan xajak kita..hhuhuhuu..

    BalasPadam